Skip to main content

Berita dan Aktiviti KKPUTHM

Laporan aktiviti KKP dan Berita

Pada 27 hingga 29 Oktober 2022, Kesatuan Kakitangan Pelaksana telah mengadakan Bengkel Pemukiman dan Perancangan Strategik Majlis Jawatankuasa Kerja KKPUTHM Sesi 2022-2025. Program yang diadakan di Le Grandeur Palm Resort, Senai ini berlangsung dengan penglibatan keseluruhan ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KKPUTHM. Bengkel ini diadakan bertujuan merangka perancangan strategik Kesatuan untuk tempoh tiga tahun. Majlis dikendalikan oleh Tuan Presiden KKPUTHM dengan pengisian beberapa slot, antaranya pembentangan perancangan hala tuju kesatuan, perihal kewangan, lantikan biro dan pelaksanaan gerak kerja. Adalah diharapkan, gerak kerja yang diatur dapat diterjemahkan dengan jayanya untuk manfaat dan seterusnya memberi nilai tambah kepada semua ahli kesatuan.

Beza Kesatuan dan Persatuan?

Kesatuan didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja
1. Kesatuan mempunyai hak seperti mengambil tindakan perusahaan, mogok, piket, hak perundingan dengan kerajaan, MENUNTUT GAJI dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik serta menjaga kebajikan ahli.
2. Persatuan pula di daftarkan mengikut Akta persatuan dan Pertubuhan
-Hanya merupakan pertubuhan sosial
-Tiada hak berunding dengan kerajaan berkaitan dengan gaji dan juga syarat & terma perkhidmatan
Lagi Mengenai Kesatuan
Organisasi yang dibentuk dari, oleh, dan untuk pekerja baik di perusahaan maupun di luar perusahaan, bersifat bebas, terbuka, independen, demokratik dan bertanggungjawab.
Memperjuangkan, membela serta melindungi hak kepentingan pekerja serta meningkatkan kesejahteraan pekerja dan keluarganya.
Tujuan / Peranan / Fungsi Kesatuan Kerja
•Memperjuangkan kondisi kerja dan upah yang lebih baik
•Memberi perlindungan terhadap perlakuan yang tidak adil
•Memberikan advokasi (bantuan nasihat dan bantuan guaman)
•Mempromosikan demokrasi
•Mempromosikan perdamaian dan kemerdekaan
•Mempersatukan para pekerja
Sudah kah anda menjadi ahli Kesatuan Kakitangan Pelaksana UTHM - KKPUTHM?